28 Februari 2010

Sambutan Maulidur Rasul 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah'




Pada 26 Februari yang lepas, adalah merupakan perayaan Maulidur Rasul. Tema pada tahun ini ialah 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah'.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W jatuh pada hari isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia oleh Allah S.W.T.

Umumnya pada hari ini, pelbagai aktiviti dilakukan bagi mengingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Antara aktiviti yang dilakukan ialah perarakan beramai-ramai sambil mengalunkan selawat memuji-muji baginda, ceramah, dan segala aktiviti yang berunsurkan keagamaan dan kecintaan kepada baginda. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung akan dapat menguatkan lagi ikatan persaudaraan sesama manusia selaras dengan tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu 'Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah'.

Kita diminta untuk memantapkan ukhwah atau persaudaraan kerana sekiranya kita bersatu maka kita akan menjadi kuat. Bak kata pepatah 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kita semua diminta untuk mencontohi Nabi Muhammad S.A.W kerana baginda mempunyai akhlak yang sangat terpuji di samping budi pekerti yang mulia. Sekiranya kita dapat mennjadikan baginda sebagai contoh maka nescaya segala perkara yang keji ataupun jahat InsyaAllah tidak akan berlaku kepada kita.

Akhir kata dengan kehadiran hari memperingati ulang tahun Rasulullah S.A.W pada tahun ini, kita semua akan berubah kepada sesuatu yang lebih baik, kita semua akan menghormati dan dihormati dan tidak lagi mengeji atau dikeji antara satu sama lain. Semoga dengan ini kita akan dapat hidup saling berharmoni di bumi bertuah dan tercinta ini iaitu Bumi Malaysia.

Sekian.

10 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina. (Dipetik daripada Wikipedia)

Oleh itu, bagi pihak pengurusan laman sesawang mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada guru, murid-murid, dan juga kepada Penduduk Malaysia yang berbangsa cina. Semoga perayaan dapat disambut dengan gembira dan makmur di negara yang aman dan damai ini. Bagi mereka yang memulakan perjalanan jauh ke kampung,memandulah secara berhati-hati agar kepulangan dapat disambut dengan gembira bukannya dengan air mata.Sekian.

09 Februari 2010

Selamat Datang ke Laman Sesawang SJK(c) Chung Hwa




Senarai Guru


1. Puan Diong King Chai (Guru Besar)


2. Cik Ng Na Na (Guru Penolong Kanan 1)


3. Cik Gan Siew Lee (Guru Penolong Kanan HEM)


4. Puan Lee Hui Ling (Guru Penolong Kanan KoKurikulum)




5. Puan Lau Ai Geun


6. En. Mohd Nooraleef Feerdaus Bin Mohd Jumali


7. En. Loh Yun Reng


8. Cik Tan Yin Fang


9. Cik Nies Hui Wen


10. Cik Lai Ee Ling



Kakitangan Bukan Akademik


1. En. Hafiz


2. En. Ghazali



Pekerja Swasta


1. Puan Zainah


2. Puan Musalmah

08 Februari 2010

Keadaan Sekolah

SJK(c) Chung Hwa merupakan sekolah yang mempunyai 25 orang murid, 10 Orang guru,2 orang kakitangan bukan akademik,dan 2 orang pekerja swasta. Sekolah ini mempunyai 6 kelas di mana murid tahun 1 seramai 5 orang, tahun 2 seramai 4 orang, tahun 3 seramai 2 orang, tahun 4 seramai 4 orang, tahun 5 seramai 5 orang, dan tahun 6 seramai 5 orang. Sekolah ini juga ada mempunyai sebuah dewan, pejabat, bilik guru, bilik tayangan, perpustakaan, bilik BOSS, kantin, bengkel Kemahiran Hidup, bilik sukan, dan stor menyimpan barang. Di sini ditunjukkan beberapa tempat persekitaran kawasan sekolah...


Papan Tanda Sekolah

Bilik Tayang

Perpustakaan

Dewan Sekolah

Taman Sekolah

Kantin Sekolah

Susur Laluan ke Pejabat

Sesi Persekolahan 2010 Bermula


Pada 4 Januari 2010 yang lalu, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2010.Kepada murid-murid tahun 1 yang baru mendaftar diharapakan dapat menimba ilmu di sekolah dengan sebanyak yang mungkin tanpa ada rasa takut.Bagi tahun 2,3,4,dan 5 pembelajaran akan terus dijalankan dan diharapkan pembelajaran yang lalu tidak dilupakan.Kepada murid tahun 6 diharapkan dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana, pada tahun ini kamu semua akan menduduki peperiksaan penting iaitu UPSR.Akhir kata dari guru-guru di sini selamat menempuhi alam pembelajaran dan semoga maju jaya, sekian.